Khamis, 5 Januari 2017
RESEPSI KERRY & INGRID
Majlis Resepsi yang diadakan di Hotel Casa Del Mar , Pantai Cenang Langkawi.....fuhh mula mula sekali dalam fikiran ialah nak parking kereta kat kawasan tu...Maklumle Pantai Cenang ni cukup sesak...bukan senang nak parking...dah macam KL jadinya kawasan tu.
Nak rebut parking punya pasal...jadi aku pun datang le awal..... dapat juga parking depan hotel tersebut...masalah parking dah setel...timbul pulak hal lain pulak...Majlis tersebut patut bermula jam 5 ptg...sekarang baru jam 4 ptg...aku pun dok perati langit...nak hujan pulakkkkkk.........rasanya pasangan ni takde backup plan....Aku pun terus le ke pantai...Arch dah ready...walkway pun siap karpet lagi...paling best sound system pun dah tersedia....ini kalau hujan turun kompom berterabur staff nak mengubahnya.
Nak selamatkan diri daripada under run foto...aku ke bilik pengantin perempuan... shoot le potret dia sikit....Kerry ni tua dah rupanya....tapi dia ok.....alhamdulillah dapat juga banyak shot potret dia....
Bila tengok luar tingkap....rasanya hujan tak menjadi....langit dah nampak cerah....aku pun minta diri le kat Kerry nak ke pantai...nak shoot potret Ingrid pulak....rupanya Ingrid ni tak berapa gemar bergambar....yang letihnya kebanyakkan gambar Ingrid ni semua merapu ( freestyle org tua la katakan ).....ada le dalam 15 minit aku sempat shoot foto Ingrid.....lepas tu pihak hotel ingin mempercepat kan majlis takut hujan balik.....makanya bermulalah majlis tersebut......cukup simple dihadiri hanya 2 orang rakan rapat sahaja.......
Akhirnya aku pun lega.....aku dapat juga shoot shoot yang elok untuk depa berdua......sebab esoknya aku kena siapkan album untuk depa bawa balik tunjuk kat adik beradik depa..........lega....
* aku suka foto ni....sebab ia tunjukkan kita kerja ikut jumlah waktu di bayar.....waktu fotografi aku pun dah cukup....sama juga la kepada tukang hias majlis......depa pun bila cukup time terus cabut buang le Arch tu....hahahahahahahah.
Sekian Wassalam......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan